Lauk pauk

Nasi Dagang

Posted at 11 March 2013 | By : | Categories : Lauk pauk | Comments Off


Jika anda berada di Kelantan, jangan lupa untuk mencuba dan menikmati makan ‘Nasi Dagang’. Ia adalah berdasarkan beras pulut merah dan ia dihidangkan dengan kari ikan dan acar mentah

dagang

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras nasi dagang
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh halba
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan kedua – dua beras,rendam lebih kurang 5 – 6 jam. Toskan.
  2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
  3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
  4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  5. Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan – bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
  6. masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar – benar sebati.
  7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak.
  8. Sedia di nikmati bersama dengan gulai kuning ikan tongkol .