Siam

Pakaian masyarakat siam

Posted at 10 March 2013 | By : | Categories : Siam | Comments Off


SIAM

Orang siam memang wujud di Kelantan. Terdapat beberapa tempat menjadi kawasan penempatan orang siam seperti di Kampung Repek dan Kampung Tendong dalam jajahan Pasir Mas. Oleh itu, pengaruh daripada orang siam telah berlaku di Kelantan, contohnya, permainan-permainan seperti rambong, makyong, menorah, wayang kulit, wayang gedek diadakan. Dari segi pakaian, amat sukar untuk membezakan yang mana orang siam dan orang melayu. Kaum lelakinya mereka juga berpakaian kain sarung, melilit kepala dengan kain batik manakala kaum perempuannya berbaju kebaya dan bertudung. Disini, terdapat perbezaannya pakaian orang siam lebih singkat (tinggi) kainnya berbanding dengan kebiasaan pakaian orang melayu.

Pakaian dan cara pemakaian

s1

 

Lelaki memakai seluar besar pha nung atau jong krabeng dan berbaju kain kapas sebagai pakaian harian. Wanita memakai pakaian rasmi iaitu kain sarung pha sin dari songket,baju pendek dan selendang panjang pha sabai.

s2

 

Lelaki memakai pakaian petani dan wanita memakai sarung dan kemban pha sabai.

s3

 

 

Pakaian rakyat atau petani. Baju berlengan pendek dan seluar jong krabeng dari tenunan broked thai.

 

s4

Pakaian wanita baju pendek dan sarung serta selendang pha sebai.

Lelaki memakai baju rasmi dan seluar jong krabeng.

s6

Wanita memakai pakaian rasmi rakyat iaitu kain sarung dari songket, baju pendek dan selendang panjang pha sabai dari kain kapas bersulam tebuk terus dan benang emas.

Wanita yang memakai baju pendek dan sarung songket serta selendang pha sebai.

Lelaki memakai pakaian petani, menggunakan fabric broked dan songket.

Pengaruh budaya melayu

Terdapat asimilasi dari segi pemakaian iaitu cara mereka memakai kain sarung. Bagi orang lelaki siam kelantan,mereka memakai singlet dan berkain sarung berwarna hitam atau biru yang kukuh kainnya.Mereka memakai kain sarung lebih pendek dari pinggang ke paras lutut dan tidak menyentuh buku lali. Berbeza dengan orang melayu mereka memakai kain sarung lebih panjang hingga ke paras buku lali dan menyentuh kaki. Mereka juga memakai semutar iaitu semutar dimulai dari hadapan ke belakang, kalau orang melayu semutar dimulai dari belakang ke hadapan.

s7

Kain sarung dipakai singkat