Pisau belada dan belati

Pisau belada dan belati

Posted at 11 March 2013 | By : | Categories : Pisau belada dan belati | Comments Off


 

Pisau belanda adalah sejenis pisau yang pada asalnya digunakan oleh orang orang di timur tengah,eropah,monggol dan yunan hinggalah di nusantara.bentuj mata,hulu dan sarungnya hampir sama dengan yang ada di nusantara.rahsianya semata mata sebagai senjata pertarungan dan mempertahankan diri.di timur tengah dan monggol kebisaanya pisau belanda merupakan pakaian raja raja dan menjadi pakain budaya semasa adat pertabalan dan sebagainya

Megikut tinjauan di timur tengah,biasanya pisau belanda itu dihias dengan salutan emas atau perak dan bertatahkan permata.ini menunjukan senjata tersebut mempuyai kedaulatan bagi setiap bangsanya

Antara sifat sifat yang terdapat pada pisau belada itu bermata tajam gagah dan bentuknya mencerminkan keberanian,itulah keistimewaan.bentuk matanya adalah sama dengan bentuk mata lembing,di mana kedua dua belah sisi matanya tajam.

pisaublada1

Lazimnya ukuran mata senjata ini antara 15cm hingga 30cm panjang dan sebagai senjata pendek selain pedang,orang orang di timur tengah biasanya menggunakan dua jenis senjata ini semasa dalam perjalanan,iaitu senjata lading dan pedang sebagai senjata panjang untuk mempertahankan diri dalamn peperangan dan pertempuran.

Manakala kelebihan pisau belati pula sebagai senjata pendek berukuran mata antara 15cm hingga 25cm ,senjata ini boleh dikatakan senjata dari eropah dan asia tenggara Cuma bahagian hulu dan sarungnya berlainan

Pisau belati digunakan untuk mempertahankan diri,ianya termasuk dalam kategori senjata pendek.dalam pertarungan,biasanya pisau belati dikembarkan dengan senjata panjang sperti pedang dan sebagainya

Di nusantara ,khususnya di semenanjung bentuk hulu pada pisau belati lurus berlirikan seperti hulu parang di semenanjung.biasanya hulu dan sarung disalut perak agar senjata itu kelihatan lebih cantik dan menarik dan membezakan ianya bukan senjata biasa.ini menunjukan seni halus yang ditonjolkan oleh tukang tukang terdahulu untuk generasi akan datang.

Ukuran lebar matanya lebih kecil jika dibandingkan dengan senjata pisau belada dan bentuk di tengah tengah matanya lebih tinggi dan bertulang. Diutara semenanjung pisau jenis ini biasanya dimasukan aring melintang di bahagian pangkal matanya bertujuan sebagai penyangga terhadap senjata musuh.

dipetik daripada :

Rahsia keris dan senjata warisan melayu